dah lama sangat aku meninggalkan skil photoshop dan illustrator. skil yg aku belajor sendiri2 sebab minat tengok along buat grafik. along tak lulus spm. dua kali dia ambik, dua-dualah dia gagal cemerlang. hehehe. tapi dia ada bakat. tuhan bagi khas untuk sikit-sikit orang je iaitu melukis. aku pun ada bakat melukis gak (takmau kalah ha!). cuma seni lukisan aku memang tak cantik pada pandangan orang lain. tapi aku senang hati tengok lukisan aku sendiri. sebab ianya tulus dari hati. cewah!
jadi, bila aku kenal along, aku selalu tanya dia, "awak belajar kat mana grafik2 semua ni?" dia jawab, dia tak pernah belajar. abis spm, dia pegi kl, kerja cuci pinggan kat hamid central market sebarang dua dan nampak ada iklan kerja di ujang, dia pegi sana. rezeki. dia dapat kerja tu. belajar grafik di sana. di mana segalanya manual. tak ada guna komputer semua ni. dia cakap, adakala berpinau bijik mata sebab ada beribu-ribu kaler. aku angguk2 aje sebab tak boleh nak bayangkan. time aku belajar grafik suka2 dengan dia, semuanya main tolak kiri kanan je. nak magenta ke planta ke semua main klik je. mudah. hasil belajar dgn along, aku ada buat dua tiga layout majalah. merasalah aku tak tdo sebab mengejar dateline. tapi aku puas hati. sebab aku berjaya bagi impak stereo buat majalah yang sangat mono. suka! dan aku kagum dengan grafik along. lain macam. aku selalu terkejut dengan outcome yang dia tunjuk. dan aku tau kenapa. kerana dia tidak bersekolah grafik. makanya dia tidak ditakluk. kreativitnya bebas, tidak terbatas. itu maksud aku.
tapi cita-cita along untuk jadi kartunis tak tercapai. dia kekal jadi grafik artist di sana. dari majalah ujang ke usop sontorian. sekarang, dia masih melukis lagi. storyboard filem. ada banyak jugak. paling terkini, dia tengah melukis untuk osman ali bagi filem Cun. kalau dia lukis tak elok, aku selalu marah dia "awak lukislah elok2! sakit hati saya tengok lukisan awak!" kadang-kadang aku tak tegur dia sehari semalam. sumpah! sanggup aku halimunankan diri. hati aku panas dan tahap geram sampai ke maksima. kalau boleh, aku nak angkat meja, baling kat dia. betul! kenapa? kerana aku tidak mau orang kecewa dengan dia! aku mau orang hormat dia, hormat produk yang dia buat. aku mau semua orang gembira. ya, memang betul susah nak bahagiakan semua orang tapi aku cuma minta dia bahagiakan hati aku dan hati pelanggannya sahaja. aku tak mau duit beribu yang dia dapat hasil dengan melukis itu jadi haram kerana orang tidak berkenan dengan hasilnya.
memang aku selamba, selekeh dan tak minat benda-benda poyo semua ni. aku memang simple. jeans bundle lima ringgit dan tee putih reject shop dah buat aku puas hati. kalau takde kereta, naik je bas takpun lrt. makan tepi jalan dengan asap bas pun takde hal punya. tapi bila tang kerja, aku mesti nak buat yang terbaik. samalah jugak dengan along. aku nak dia buat yang terbaik. aku tak mau dia ketinggalan di belakang lagi. aku nak dia berusaha sungguh2 demi diri dia sendiri. tak perlu untuk orang lain. walaupun aku dengan along selalu ada masalah, selalu tak sebulu dan selalu tak boleh paham antara satu sama lain, aku tetap hormat pada dia. kalau satu hari nanti dia betul2 berjaya seperti yang dia inginkan, walau apa pun kesudahannya buat aku dan dia, akulah orang yang paling gembira.